Katalog di talian Katalog perpustakaan

Pekerja di Division Kad, Perpustakaan Congress, Washington, D.C., sekita.1900-1920-an

Katalon Di Talian telah meningkatkan dengan banyaknya kebolehgunaan katalog, terima kasih kepada MAchine Readable Cataloging = piwaian MARC pada tahun 1960-an. Peraturan mengawal penciptaan rekod katalog MARC tidak hanya memasukkan peraturan katalog rasmi sepertiAACR2 tetapi juga peraturan khas khusus bagi MARC, sedia ada dari Perpustakaan Congress dan juga OCLC. MARC pada asalnya digunakan bagi mengautomatik penciptaan kad katalog fizikal; Kini fail komputer MARC dicapai secara langsung dalam proses pencarian. OPAC telah meningkatkan kebolehgunaan melampaui format kad kerana:

  1. Katalog di talian tidak perlu disusun secara statik; pengguna boleh memilih pengarang, judul, kata kunci, atau susunan sistematik secara dinamik.
  2. Kebanyakan katalog di talian menawarkan kemudahan pencarian bagi sebarang perkataan dalam judul; matlamat aturan perkataan tatabahasa (asalkan kemasukan bagi perkataan yang kebanyakan pengguna akan cari) dicapai dengan lebih baik.
  3. Kebanyakan katalog di talian membenarkan pautan antara beberapa variasi nama pengarang. Dengan itu pengarang boleh dijumpai di bawah nama asal dan nama piwaian (sekiranya dimasukkan dengan betul oleh pengkatalog).
  4. Penghapusan kad kertas telah menjadikan maklumat lebih mudah dicapai oleh ramai orang kurang upaya, seperti cacat penglihatan, pengguna kerusi roda, dan mereka yang mengalami alahan kulat.